Hows it going so far? i hope its going great for u as it is for me.. :D
Remember i told you i was doing an interview with newspaper before? well the article is published today.. Its nothing great but i hope its a new beginning for me..
i've paste the article , here how it goes :
Suzana impi bergelar penerbit berkaliber
Baru sahaja menamatkan pendidikan dalam jurusan penyiaran di Universiti Lim Kok Wing, Disember tahun lalu, gadis manis ini sungguh bernasib baik kerana berjaya mendapat tempat dalam bidang yang diminati.
Tidak pernah menduga dirinya mampu bergelar penerbit eksekutif di Rumah Karya Citra Sdn Bhd dalam usia yang masih muda, gadis kelahiran Kampung Baru, Kuala Lumpur ini menganggap kerjayanya itu sebagai rezeki.
Menurut Suzana Ahmad, 26, diberikan kepercayaan untuk menggalas tanggungjawab tersebut merupakan kenangan termanis dalam hidupnya.
"Alhamdulillah, biar pun pengalaman dalam bidang ini masih cetek tetapi masih ada pihak yang sanggup memberikan ruang kepada saya untuk memegang jawatan ini.
"Saya anggap semua ini sebagai satu cabaran untuk menjadi penerbit yang berkaliber satu masa nanti," katanya yang bernaung di syarikat milik pengarah, penerbit dan pelakon terkenal, Erma Fatima.
Berkongsi mengenai pembabitannya dalam bidang ini, Suzana berkata, ia bermula ketika dia terlibat sebagai petugas sambilan dalam program realiti terbitan Suhan Movies Production, Pilih Kasih.
"Masa tu memang saya banyak terlibat dengan pelbagai kerja sambilan. Bagaimana pun, saya tidak lupa untuk mencari kerja tetap. Beberapa bulan selepas itu, saya akhirnya diterima bekerja di sebuah syarikat.
"Jika diikutkan, kerjaya saya di syarikat itu sudah memadai namun kerana minat dan tawaran yang diberikan oleh kak Erma sangat menarik, saya menerima jawatan ini," katanya.
Jelasnya, dia mengambil masa yang panjang membuat keputusan untuk bekerja di bawah Karya Citra.
"Sebenarnya saya sayang nak tinggalkan kerja lama, tetapi ini adalah apa yang saya inginkan, jadi saya tidak boleh melepaskan peluang yang ada," ujarnya yang pernah bertugas di 8TV sebelum ini.
Mahu jadi seperti Erma Fatima
Bagi Suzana, peluang bekerja bersama Erma Fatima adalah pengalaman yang sangat berharga.
Jelasnya, sebagai orang baru dalam industri ini, dia berbangga kerana dapat menimba ilmu bersama penggiat seni yang dihormati itu.

"Syukur sangat sebab bekerja bersama Kak Erma sangat seronok. Memang dia seorang yang tegas tetapi dia tidak pernah membezakan pekerjanya.
"Malah, dia melayan saya seperti adiknya sendiri. Jika ada sebarang masalah, dia lebih senang berbincang dengan kami," katanya yang menganggap Erma Fatima sebagai idola.
Berkongsi mengenai kariernya, Suzana berharap dia dapat memberikan yang terbaik sepanjang berkhidmat di situ.
"Kalau diizinkan, biarlah saya di sini sampai bila-bila. Selagi mereka memerlukan saya, selagi itulah saya akan menunaikan tanggungjawab yang digalas dengan baik.
"Lagi pun, saya mahu menjadi seperti Kak Erma, dia tidak pernah mengenal erti jemu dalam bekerja. Bahkan, dia boleh bekerja lebih 12 jam sehari," katanya yang turut terlibat dalam penggambaran drama Dejavu Di Kinabalu yang sedang disiarkan menerusi slot Akasia TV3.
Teruja projek pertama
Teruja dengan projek pertama yang berunsurkan program realiti, Suzana berkata, dia berharap projek sulungnya itu akan berjalan dengan lancar.

"Ini adalah projek pertama yang saya kendalikan sepenuhnya. Semua tanggungjawab terhadap projek ini digalas oleh saya.
"Memang ada cabarannya daripada segi mendapatkan peserta, pengurusan krew dan lokasi, bagaimanapun, dengan bantuan rakan sekerja, saya dapat menanganinya.
"Apa pun, ini baru permulaan. Masih banyak yang perlu saya lakukan. Selagi ia tidak dijalankan, saya pasti bimbang. Sudah tentu saya mahu projek pertama ini sempurna di mata pihak syarikat," jelasnya.
Bercerita mengenai perancangan masa hadapannya, ujar Suzana, dia memasang impian untuk menerbitkan sebuah program realiti yang mampu diangkat ke peringkat antarabangsa.
"Mungkin mustahil bagi orang baru seperti saya, tetapi insya-Allah, jika diberikan peluang, saya akan cuba merealisasikannya. Biarlah program realiti yang diterbitkan itu setanding dengan produk antarabangsa," katanya mengakhiri perbualan.

PROFIL
NAMA: Suzana Ahmad
TARIKH LAHIR: 15 Januari 1986
TEMPAT LAHIR: Kampung Baru, Kuala Lumpur
BILANGAN ADIKBERADIK: 4 orang (anak bongsu)
PENDIDIKAN: Ijazah Penyiaran, Universiti Lim Kok Wing

== they spelled my name wrongly *sob-sob*.. and my qualification's field of study is also wrong, hahaha..
but for full article, check out the news online at http://www.sinarharian.com.my/personaliti/suzana-impi-bergelar-penerbit-berkaliber-1.69573
p/s : don't tell others k? its a secret between just u & me.. i trust you.. ;)